Wednesday, April 8, 2009

Karnival Bahasa Negeri








Di Sebelah kanan ialah gambar kenangan saya bersama-sama dengan Pn. Hjh Siti Hadijah Sunok dan Pn. Hjh. Maimunah bt Sidin sempena Karnival Bahasa Peringkat Negeri di SMK Tun Habab pada 2-4 April 2009.



Kali ini daerah Kota Tinggi dipilih sebagai tuan rumah Karnival Bahasa. Kami ditugaskan sebagai Hakim Pesta Pantun. Dalam sayembara tersebut, daerah Muar dan Kota Tinggi bertemu di peringkat akhir. Kendatipun, daerah tuan rumah gagal meraih johan untuk ke peringkat kebangsaan, sebaliknya daerah Muar mara ke perlawanan peringkat kebangsaan nanti. Begitulah, adat pertandingan, kalah menang perkara biasa. Daerah saya, Pontian juga yang menggigit jari. Pulang nanti kena buat post mortem. Apa tidaknya, satu pertandingan pun tiada yang menang. Kasihan!

Sempat kami ke Pasar Borong, Bazar Kelantan, Plaza Mara dan Kipmart melaksanakan aktiviti "Window Shopping". Memang murah dan berpatutan harganya tetapi kena pandai tawar harga. Dari satu gerai ke satu gerai habis kami lewati dan lawati, akhirnya banyak juga oleh-oleh dapat dibawa balik . Begitulah orang perempuan....

No comments:

Post a Comment