Thursday, April 9, 2009

Karnival Bahasa Negeri


Kelihatan anggunnnya tiga mak dara, siapa lagi kalau bukan saya, kak Siti Hadijah (tengah) dan kak Maimunah Sidin (hujung). Kesempatan berjumpa cuma setahun sekali. Kami sempat merakamkan kenangan selepas 4 hari berkampung di SMK Tun Habab Kota Tinggi untuk menghakimi Pesta Pantun Negeri. Karnival Bahasa Negeri kali ini diadakan di daerah Kota Tinggi, daerah nan kaya dengan khazanah sejarah Johor. Pesta Pantun kali ini menemukan daerah Muar dan Kota Tinggi di peringkat akhir. Kendatipun, daerah tuan rumah berjaya ditewaskan oleh daerah Muar yang akan mara ke peringkat kebangsaan. Tahniah! Yang sedihnya, daerah Pontian tidak memenangi apa-apa pertandingan dalam karnival tersebut. Pulang nanti kena buat post mortem lah jawabnya....
Kesempatan kedua kami ambil dengan membeli-belah di Bazar Kelantan, Pasar Borong, Kipmart, dan Bazar Mara. Pendek kata, hampir seluruh gerai kami lawati dan lewati. Dapat juga kami bawa oleh-oleh buat yang ditinggalkan di rumah. Perempuanlah kononnya... kalau tak "window shopping" memang bukan perempuanlah.

.

No comments:

Post a Comment