Bengkel Pengenalan Program Penghayatan Sastera dan Budaya Zon Selatan anjuran DBP telah diadakan pada 13-15 Mac 2009, di Hotel Emperor Melaka. Saya merupakan salah seorang peserta bengkel tersebut. Yang seronoknya, saya dapat berjumpa dan berbual bicara dengan pelakon drama tv yang tidak asing lagi iaituYalal Chin. Ingat tak iklan pendingin hawa LG? Beliau juga merupakan Jurulatih Utama PLKN Modul Penghayatan Sastera Zon Selatan. Ingin saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya mengikuti bengkel ini. Bengkel ini diadakan untuk memilih bakal fasilitator PLKN. Saya tidaklah berhasrat sangat untuk menjadi Jurulatih PLKN untuk modul Penghayatan Sastera, tetapi mahu menimba pengalaman dan menambah pengetahuan tentang teater. Selain dapat keluar dari kepompong kerjaya guru, setidak-tidaknya saya berasa agak santai sedikit mengukup ilmu di pinggir bidang saya. Sememangnya, saya minat juga dengan seni pementasan teater, tetapi bakat lakonan boleh juga jika dicuba. Yang jelas, sepanjang bengkel tersebut saya merasakan keseronokan yang sudah lama saya tidak rasai sepanjang bergelar guru. Saya terpaksa melagukan beberapa jenis puisi lama, mendeklamasi sajak dan berlakon. Di tengah-tengah perserta pelbagai umur, baik yang muda sekitar 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an juga ada, tidak mengira usia, kerjaya, mahupun pengalaman berkecimpung dalam bidang ini, terutamanya jurulatih PLKN yang telah lama berkhidmat, saya mengikut saya arahan yang diberi.
Hakikatnya, tugas mendidik, membimbing, mengajar semacam mengekang minat saya menceburi bidang teater. Jika tidak berpeluang untuk berlakon, dapat jadi watak pembantu pun ok juga. kalau tidak pun, mendeklamasi sajak, bersyair, bergurindam atau berseloka. Perkara ini sudah selalu saya lakukan di dalam kelas tatkala mengajarkan sastera kepada pelajar-pelajar saya. Kerap kali juga digelak pelajar saya. Entah kerana suara saya yang lari pitching, atau macam itik serati, tak tahulah. Bagi saya, suara tidak memainkan peranan penting dalam P&P Kesusasteraan Melayu, sebaliknya yang penting saya dapat menunjukkan contoh melagukan puisi-puisi lama. Selepas berkumandang suara saya di serata ceruk kelas, barulah saya memperdengarkan rakaman CD/VCD yang sebenar. Untuk pengetahuan, saya merupakan guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Walaupun tidak mempunyai suara yang bagus untuk bersajak, bersyair, bergurindam dan mendendangkan lagu-lagu puisi lama, tetapi saya suka untuk mencuba. Namun, saya jarang diberikan peluang atau mungkin hambatan masa. Zaman muda-muda dulu, kalau beraksi dalam teater pun cuma sekadar menjadi dayang-dayang, penari, atau watak pembantu yang tidak memerlukan mainan suara. Kasihannya, jauh di sudut hati ingin sekali memperagakan kebolehan yang tidak seberapa ni! Kelakar kan! Apa orang kata.... perasan.hehehe.
Seperkara lagi, zaman muda dulu saya suka menulis cerpen, mencipta sajak, pantun, syair dan puisi-puisi sewaktu dengannya, tetapi jarang saya mencuba nasib untuk disiarkan dalam mana-mana artikel. Terlalu merendah diri saya ni! Kadang-kadang rasa tak yakin yang karya saya ini boleh ditampilkan untuk khalayak. Walaupun rakan sekuliah saya iaitu ayahanda Shapiai Ramly , seorang penulis yang telah banyak menghasilkan karya pada waktu itu, banyak memberikan dorongan kepada saya untuk menulis, tetapi saya masih tetap dengan karya tersembunyi saya. Akhirnya, banyaklah cetusan idea saya terimpan rapi dalam fail, diari, buku nota lama sehingga kuning warnanya. Hingga sekarang masih ada lagi kalau mahu diselongkar. Sehinggalah hari ini, apabila saya mula berkhidmat sebagai guru, saya terus-menerus dengan tabiat menyimpan karya. Keadaan merubah segalanya apabila saya diperkenalkan dengan seorang penulis tempatan anak jati Johor yang agak sederhana orangnya, tetapi memukau sungguh lontaran idea dan karyanya. Beliau seorang insan yang begitu gigih, justeru saya mengaguminya. Walaupun beliau menghidap kencing manis yang agak serius juga, namun beliau masih bersemangat untuk menulis, aktif menjalankan program anjuran Persatuan Penulis Johor. Tidak lain tidak bukan, beliau ialah Pn. Hjh. Siti Hadijah bt Sunok. Beliaulah yang menggerakkan saya untuk mengikuti Bengkel Penghayatan Sastera ini. Jika ingin mengetahui lebih lanjut siapa sebenarnya Siti Hadijah Sunok, ikutilah blog saya seterusnya.....

No comments:
Post a Comment