Sunday, May 30, 2010

Teater Imam Al-Bukhari


Seusai pementasan teater, mencuit kenangan bersama-sama rombongan pelajar SMKDMYS

Penantian suatu penyeksaan: Sambil menanti teater bermula, sempat kami
memahatkan kenangan


sempat merakamkan kenangan bersama-sama puteri sulung



Lensa kamera mencuri keintiman seorang ibu dengan puteranya

Membaca karya sastera berkenaan tokoh kesateria Islam seperti Imam Al-Bukhari dalam mana-mana karya sastera tidak setanding hebatnya jika menyaksikan sendiri kekentalan tokoh tersebut melalui lakonan atau teater. Bukan calang-calang individu mampu melakonkan watak seorang tokoh ulama terkemuka dalam bidang hadis yang begitu sadis menyentuh nubari penonton. Saya merupakan insan bertuah pada malam 31 Mei 2010 kerana berpeluang menyaksikan kehebatan dan keunggulan tokoh ulama Hadis melalui pementasan teater Imam Al-Bukhari di PERSADA Johor. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Magical Theatre (M) Sdn. Bhd dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor kerana telah mementaskan teater ini dengan jayanya.



Persembahan teater malam tadi cukup mengujakan saya kerana saya dimaklumkan seramai 3,000 penonton membanjiri dewan PERSADA Johor Bahru. Saya turut menumpang gembira dan bangga apabila menyaksikan rakan-rakan aktivis teater yang saya kenali beraksi di pentas dengan lakonan yang cukup mantap. Sesungguhnya, pementasan teater yang menampilkan kegigighan dan kehebatan tokoh-tokoh ulama Islam perlu diperluas untuk penghayatan generasi alaf ini yang kian tidak mengenali tokoh-tokoh ulama terkemuka khasnya dalam bidang hadis yang menjadi sumber rujukan kedua selepas Al-Quran.

Begitulah watak Imam Al-Bukhari atau nama penuhnya Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Ja'fi membuat saya menginsafi diri betapa perlunya kita kembali menghayati dan mengamalkan kandungan Al-Quran dan Hadis untuk kemaslahatan hidup di dunia dan di akhirat. Hal yang cukup istimewa tentang tokoh ulama ini ialah dalam kehebatan ulama-ulama terkenal berselerak di seluruh dunia Islam, Imam Al-Bukhari telah diiktiraf kelebihan dan kehebatannya oleh semua ulama dalam zamannya lantaran kelebihannya mengatasi mereka dari segi hafazan dan kefahamannya tentang hadis sohih.

Saya berharap agar pementasan teater berteraskan tokoh ulama kesateria Islam akan terus disemarakkan dan dicanangkan untuk tatapan generasi akan datang. Amin...













2 comments:

  1. Cikgu Zulaiha,
    Sesekali datanglah juga menonton teater kecil @ teater mini seadanya mampu (dalam kekangan pelbagai kekangan) yang diusahakan oleh DBPWS. Yang pastinya setiap kali pementasan teater anjuran DBPWS akan ada undangan buat semua ahli dan AJK PPJ.
    Apa-apapun amat baik langkahnya membawa pelajar menonton Teater Iman al-Bukhari itu.

    ReplyDelete
  2. En. Rusdi,
    Terima kasih atas undangan teater Kg cetek tu, tapi saya memang tak berkesempatan pada masa tu. Insya-Allah teater akan datang, akan saya cubakan sehabis daya. hehe...

    ReplyDelete