Friday, May 28, 2010

Program PPSB di PLKN Padang Hijau


Para pelatih kumpulan Urus setia berganding bahu menyiapkan 'back drop'





Barisan Fasilitator PPSB Siri 3 PLKN Padang Hijau, Kluang siap siaga melaksanakan tugas
yang diamanahkan.
Bertugas sebagai Fasilitator Modul Penghayatan Sastera & Budaya (PPSB) PLKN memang menyeronokkan. Di sinilah, kami membentuk, melatih dan membimbing pelatih-pelatih PLKN mengukuhkan jati diri dan rasa cinta akan tanah air. Sastera dan budaya menjadi wadah untuk kami menanamkan elemen murni ini ke arah melakar negara bangsa dan modal insan kelas pertama. Malam Citra Puisi adalah bukti kejayaan penerapan unsur ini apabila para pelatih tanpa segan silu, malah bersemangat dan swadaya menunjukkan bakat maisng-masing dalam berpuisi dan melakonkan gerak kreatif. Sesungguhnya, kami setia berkhidmat untuk negara mendukung tanggungjawab yang diberi. Terima kasih kepada Dewan bahasa dan Pustaka kerana meletakkan kepercayaan dan kredibiliti terhadap kami untuk melakar anak bangsa bernama Satu Malaysia!


2 comments:

  1. Puan Zulaiha,
    Beberapa tenaga pengajar dalam foto itu dikenali termasuk Puan yang semuanya sememangnya cekal dan penuh komitmen.
    Teruskan perjuangan dalam program PPSB PLKN.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Rakan-rakan dalam foto tu yang menggamit kekuatan dan kecekalan saya selalu.

    ReplyDelete