Wednesday, November 4, 2009

Kolokium Pendidikan Guru Sarjana Negeri Johor














Seusai Majlis Penutupan Rasmi Kolokium Pendidikan Guru Sarjana Negeri Johor, kami sempat merakamkan gambar bersama dengan Tuan Pengarah Pelajaran Johor, Tn. Hj. Sufaat bin Tumin. 15 tahun yang lalu, beliau pernah kali pertama menerajui pentadbiran SMK. Dato' Mohd. Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, sekolah tempat saya membina lakskap anak bangsa. Dalam ucap utamanya, beliau menggesa barisan guru sarjana melaksanakan kajian konvensional dan penyelidikan ke arah meningkatkan kecemerlangan pendidikan negeri Johor. Jika bukan guru sarjana yang membuat kajian, siapa lagi yang boleh diharapkan? "Takkan nak arahkan posmen untuk buat kajian", katanya. Ungkapan itu walaupun bersifat lelucon, tetapi terkandung makna yang tersirat. Kata-kata itu, menuntut kami, barisan guru sarjana bergerak pantas, tanpa menoleh ke belakang, ke kiri atau ke kanan, menunggu siapa mahu merintis jalan dahulu. Tidak dapat disangkal lagi bahawa dalam kepayahan menangkis ancaman globalisai tanpa sempadan, pelbagai isu pendidikan mampu diterokai, diselami dan dirungkaikan agar usaha membina landskap anak bangsa tidak menemukan jalan buntu. Kendatipun, usaha ini menuntut kekentalan dan daya juang yang tinggi. Walau apapun kilahnya, Insya-Allah , aspirasi tuan akan kami realisasikan. Banyak agenda sudah dibayangkan, cuma memerlukan kekuatan dan komitmen bersama.

2 comments:

  1. Zu,
    Nampaknya memang sibuk betul. Nak kena buat kajian lagi ni..eloklah tu.

    ReplyDelete
  2. Ayahanda,
    Yalah. Kalau diizinkan Allah, Insya-Allah. Fokus kajian ialah kenapa setiap tahun pencapaian SPM negeri Johor tak lepas 90%. Kena kaji subjek BM sebab peratus pencapaian SPM berdasarkan keputusan BM.

    ReplyDelete