Sunday, November 1, 2009

Bersanggar di Hotel Maytower.

Kerja-kerja juga. Mesyuarat, mesyuarat juga. Tapi....... beraksi santai di kolam renang jangan dilupa. Tak dapat mandi, dapat mencecah air kolam pun jadilah....











5 hari berkampung di Maytower Hotel, KL memang amat menegangkan fikiran. Dihambat dengan tugas dan tanggungjawab yang besar misinya, menjadikan kita letih, tapi belum sempat lesu kerana apabila tiba waktu senggang yang cuma sepenanak nasi itu, kami tak cukup kaki menuju ke Jalan TAR, Masjid India dan SOGO. Kalaupun tidak membeli dan belah, kami mencuci mata melihat kesukaan kami kaum wanita. Alahai...... kain baju, beg tangan, kasut, tudung dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Setidak-tidaknya, tekanan kerja berundur sejenak. Namun, tugas untuk negara kami utamakan. Di pundak kamilah, para guru yang melakar landskap anak bangsa.




Berfoto dengan rakan-rakan seperjuangan semakin mengerat khuwah dan ikram. Rakan-rakan dari pelbagai negeri di Malaysia patut segera dikenali lantaran maslahatnya banyak sekali. Kesempatan inilah, kami gunakan untuk bertukar-tukar pendapat, idea, ilmu pengetahuan, kepakaran, bahan pengajaran dan pelbagai perkara menyentuh soal akademik atau bukan akademik. Berdiri di tengah, berbaju merah ialah Ketua Pasukan kami yang cukup berswadaya dan berdedikasi, iaitu Tn. Hj. Nizar bin Yusof. Yang pasti, berkampung di bawah bimbingan tuan amat menyeronokkan. Semoga, berjumpa lagi pada tahun hadapan, Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment