Panca hari berkampung di Kukup Golf Resort, Pontian merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan. Bermula 4 Oktober hingga 8 Oktober 2009, Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan membuka lawangnya.
Seronok dapat menimba pengalaman bertugas sebagai fasilitator merangkap guru pembimbing peserta Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan. Di sanggar ini, diri terasa amat kerdil dikelilingi tokoh-tokoh penulis yang hebat dan sudah mampan dalam dunia pengkaryaan. Namun, kesempatan ini saya kutip dengan berdiskusi apa-apa sahaja yang saya terfikir untuk ditanya tentang dunia pengkaryaan. Idea, pandangan dan kata-kata hikmat daripada rakan-rakan penulis jelas meningkatkan minat, motivasi dan merangsang saya untuk terus berkarya.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Rohaidah Yon, Khuzaimah Siraj dan Rozaini Yahya kerana banyak membantu saya membuat persiapan untuk persembahan Budaya Setempat dan membimbing peserta penulis muda dari negeri Johor. Alhamdulilah, berkat kerjasama ini, peserta Johor meraih Johan Peserta terbaik Kategori Penulis Muda Perempuan, Johan Penulisan Karya Puisi Tradisional, Johan Penulisan Karya Cerpen dan Naib Johan Persembahan Budaya Setempat.
Cikgu Zulaiha,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menerima pelawaan saya atas kapisiti cikgu selaku fasilitator dalam perkampungan ini, saya diminta oleh JPNJ untuk menamakan para penceramah dan fasilitator menjelang 3-4 hari sebelum perkampungan itu.
Tahniah juga kerana cikgu juga dilantik terus oleh pihak JPNJ selaku guru pengiring negeri Johor, juga kejayaan peserta negeri Johor meraih banyak hadiah dalam perkampungan ini (bukan kerana negeri Johor jadi tuan rumah tetapi dinilai dalam skema yang ditetapkan).
Zu,
ReplyDeleteDalam hambatan waktu dengan pelbagai kesibukan sebagai suri rumah, guru dan ibu sempat juga meluangkan waktu untuk aktiviti kreatif begini. Harap adakan luang waktu untuk menulis.
Salam puisi daripada ayahanda.
En. Rusdi,
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberikan peluang kepada saya menimba pengalaman. Saya amat berbesar hati dapat membantu dan bekerja dengan tuan seorang yang gigih memartabatkan sastera dan bahasa. kejayaan peserta negeri Johor dalam Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan adalah berkat kerjasama rakan-rakan fasilitator yang lain. Pada masa-masa akan datang, saya bersedia untuk mencurah tenaga dan idea. Insya-Allah.
Ayahanda,
ReplyDeleteTerima kasih atas motivasi. Semuanya berkat keizinan dan sokongan suami. Dia tahu minat saya. Insya-Allah, akan saya gunakan peluang ini untuk berkarya kreatif.