Friday, July 17, 2009

Salam dari Tanah Suci

Pada cuti persekolahan semester lalu, 2 Jun - 16 Jun 2009, saya bersama-sama dengan suami dan emak mendapat kartu undangan dari-Nya. Saya seperti mimpi kerana tanpa dirancang awal, tiba-tiba kami telah menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Allahuakhbar!

Diam tak diam dah sebulan meninggalkan tanah suci. Hati digaru-garu rindu untuk ke sana lagi. Benarlah kata orang, bila dah ke sana pasti terasa yang teramat sangat untuk menjadi tetamu-Nya lagi. Subhanallah..... tidak tergambar dan tercerita nikmat menjadi tetamu Allah. Merenung kaabah sahaja sudah mendapat 20 rahmat, belum lagi tawaf 60 rahmat dan solat sunatnya 40 rahmat. Hal ini bermakna, terdapat 120 rahamat sehari kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Subhanallah. Maha Suci Allah. Menunaikan solat satu rakaat sahaja sudah dihadiahkan 100,000 pahala. Bayangkan sehari, dua hari, tiga hari, empat hari dan seterusnya berhari-hari di sana..... tak terkira banyaknya pahala dihadiahkan oleh-Nya. Banyak gambar kenangan ingin saya paparkan tetapi tak boleh 'download'. Broadbrand murahlah katakan. Kendatipun begitu, saya masih diberi kesempatan membuat sedikit catatan dalam blog saya yang telah dua bulan lamanya tidak dapat dibuka. Baru hari inilah saya dapat membukanya. Terima kasih kepada adik Hijri, Juruteknik Komputer baru di sekolah saya kerana telah membuat blog saya dapat dibuka. Kepada kawan-kawan yang ternanti-nanti cerita dalam blog saya, mohon berbanyak-banyak maaf kerana kesilapan teknikal ini. Bukan tidak berhasrat untuk berkongsi cerita lagi, tetapi hambatan ma sa dan blog merajuk menjadi kekangan utama. Aduhai!..

Menyambung cerita tadi, kebesaran Allah memang tiada tandingannya. Saya tidak menyangka sama sekali yang saya akan bertemu empat mata dengan sahabat lama saya ketika mengaji di UPM tahun 1989-1992 dulu. Siapa lagi kalau bukan Norlala Masaudin, rakan sebilik saya di Kolej Kediaman ke-3, malah sekursus lagi. Kami tidak pernah berjanji untuk ke sana pada tarikh yang sama, tetapi memang takdir Allah telah menentukan kami akan berjumpa di serambi kaabah. Kami sempat merakamkan gambar kenangan bersama. Lihatlah gambar di sebelah ni. OK lah, sampai di sini sahaja coretan kali ini. Jika blog saya ok, saya akan paparkan gambar-gambar menarik di sana.



No comments:

Post a Comment