Thursday, April 9, 2009

Restoran Saujana




Pada 8 April 2009, saya bersama-sama dengan suami dan anak-anak ke Majlis Jamuan Pesaraan Guru Besar SK Jeram Batu, tempat suami mengajar. Pn. Hjh. Aminah bt Safar menamatkan perkhidmatannya sebagai guru dengan senyuman ceria dan penuh makna. Majlis tersebut diadakan di Restoran Saujana. Restoran ini terletak di pekan Pendas, Gelang Patah, lebih kurang 10 km dari bandar Gelang Patah. Aduhai, memang lazat dan sedap masakannya. Makanan laut yang cukup popular di pekan ini. Cubalah sesekali ke sini. Selain dapat menikmati kelazatan menunya, panorama alam hutan bakau dan warna kaki langit dapat juga dinikmati. Pelabuhan Tanjung Pelepas begitu indah kelihatan dari jauh. Deretan kapal-kapal kargo pelbagai bentuk dan saiz melabuhkan sauhnya seketika . Hayatilah kebesaran Ilahi...

2 comments:

  1. Wah...bestnya dapat menikmati hidangan di Restoran Saujana. Saya nak cadangkan Kak Zu dan keluarga merasai keenakan makanan laut di Restoran Tanjung Nelayan, di Gelang Patah. Best juga di samping harga makanan yang berpatutan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat yang baik tu. Insyaallah, akan ke sana jika ada masa senggang. sebenarnya, banyak yang Kak Zu nak paparkan dalam blog Restoran Saujana tapi tak dapat loading gambar. Di sekolah boleh pula. Kenapa ye?

    ReplyDelete