Sabtu hingga Ahad, 1 hingga 2 Ogos 2025 berlangsungnya perhimpunan penulis wanita se-Nusantara di Hotel Noble Melaka yang penuh warna wacana tentang kepengarangan wanita dalam era baharu, dianjurkan oleh GAPENA, DBP dan JKKN Melaka. Menghimpunkan para penulis wanita dari seluruh wilayah Nusantara meliputi lima negara; Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand.
Sempat merakam kenangan bersama Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan.Saturday, August 2, 2025
Thursday, March 21, 2024
PROGRAM IFTAR 1000 BULAN
Saturday, November 11, 2023
PANTUN PERPISAHAN
Memetik pedada di waktu pagi,
Tumbuhan tropika Asia Tenggara,
Kalau ada rezeki lagi,
Insya-Allah pasti berjumpa kita.
Berendam di Lata paras dada,
Bagai di kawah dalam tersurat,
Maaf diminta silap yang ada,
Moga ukhuwah terjalin erat.
Turun ke paya mencari belida,
Dapat sekati diberi Tuan,
Kirimkan saya nombormu dinda,
Usah nanti rindu-rinduan.
Reneknya lemuni di tepi titi,
Tumbuh berjajar teduhan kuang,
Pengalaman di sini amat bererti,
Tunjuk ajar kubawa berjuang.
JEJAK MONPUS
Soalan KBAT berdasarkan teks novel Jejak Monpus.
Berdasarkan novel Jejak Monpus, karya Zulaiha Paikon, huraikan peristiwa menarik dalam novel. [6 markah]
Jawapan;
Novel yang saya kaji di tingkatan 2 ialah Jejak Monpus, karya Zulaiha Paikon.
Terdapat peristiwa menarik dalam novel ini. Pertama, peristiwa Zahar dan Malcon ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu baharu untuk diklonkan dengan ulat bulu Pus Pus yang kian lemah. Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan semangat kesungguhan dan ikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang melanda.
Seterusnya, peristiwa Zahar berjaya mencipta formula yang bernama MONPUS untuk menghapuskan ulat bulu yang menyerang Kampung Maju Jaya. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan kebijaksanaan mencipta inovasi demi kebaikan dan kesejahteraan manusia.
PANTUN KEMBARA
PANTUN REKREASI
Patah sayap burung kenari,
Mematuk sekoi tembolok berisi,
Pagi-pagi bersiap sendiri,
Ke Takah Pekoi itulah destinasi.
Sahabat berlima membawa timba,
Mencari serama hutan diredah,
Khabarnya indah bersih rimba,
Seisi keluarga kita riadah.
Burung terbebar di alam semesta,
Indah buana tiada sangsi,
Memang khabar seindah kata,
Nikmati suasana destinasi rekreasi.
Terkebil-kebil melihat kera,
Putik pelam dimakan juga,
Berkhemah sambil nikmati flora,
Lestari alam khazanah terjaga.
Friday, June 26, 2020
SELOKA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN NORMA BAHARU
Kelihatan putih-putih kaburi mata,
Berkujur tubuh terbaring lena,
Penjarakan satu meter akur dijaga.
Datang dekat ada yang tergolek,
Rupa-rupanya murid lena diulik,
Seram pun ada rasa nak balik,
Digagahi jua tak berpatah balik.
Terpisat-pisat murid didekati,
Kenapa datang awal dikenal pasti,
Katanya van lalu tak nak berhenti,
Enjin dah hidup tak nak mati.
Aduh rupanya Cikgu Tumpi,
Risau amat sampai bermimpi,
Terus bangun tak bertapi,
Sampai sekolah sunyi sepi.
Ada murid yang dah tiba,
Jalan perlahan teraba-raba,
Pelitup muka menutup mata,
Pengimbas suhu dah tiga dicuba.
Tak boleh diimbas bacaan suhu,
Murid disuruh sanitasi dahulu,
Takut bergejala kena tunggu,
Memang kena ada rasa ragu-ragu.
Itulah budaya norma baharu,
Baik kenalan lama atau kenalan baru,
Status kesihatannya sentiasa diragu,
Kalau macam sombong usah haru.
Cikgu- cikgu ramai dah datang,
Ke mesin pengetik beratur memanjang,
Ada yang lalu arah menentang,
Masa simulasi dia tak datang.
Cikgu pengawas blok siap siaga,
Bimbang murid bertembung laga,
Takut jarak sosial tidak dijaga,
Bukan murid sahaja, cikgu juga.
Ikut arah laluan masuk ke kelas,
Pergerakan pun sangat pantas,
Cikgu bertugas tiada culas,
Esopi dibaca lantang satu kelas.
Pengajaran semuka sudah bermula,
Cikgu tak sabar nak bertanya,
Mengapa dalam talian asyik tak ada,
Murid cemas nak jawab apa.
Cikgu Tumpi baik hati,
Malas nak tanya soalan begini,
Yang penting murid disantuni,
Kelak bersemangat belajar nanti.
Anggerik Desa
25 Jun 2020
Wednesday, June 10, 2020
Esok sekolah dah bermula
Mak Pulasan mengoceh sahaja
kasut sekolah hilang ke mana
sebelah dilarikan kera
raih beg sekolah di rak
terdengar bunyi katak
keluar bilik macam sarung nangka
baju sekolah tak kena gaya
buku nota jumpa tiada
dek latihan dalam talian
langkah berjimat pelitup muka
perca kain batik jadi mangsa
gembiranya anak Mak Pulasan
esok jumpa Cikgu Bunga!
anggerik desa
11 Jun 2020
6.00 pagi
Sunday, December 23, 2012
Kolokium Karyawan Johor
Monday, October 1, 2012
Gelora Puisi Hujung Benua - 29 hingga 30 Okt. 2012
Friday, June 22, 2012
Bengkel Penulisan anjuran ITBM & PENA
Monday, February 20, 2012
untuk menjadi seorang guru
di sebuah graha ilmu
di hijau ibu kota
waktu itu dia baru
mengenal indahnya cinta
bila ilmu guru telah menebal dalam diri
dan siap siaga untuk diorak
sebagai muaddib
cinta itu hilang
bersama janji yang diukir
perjuangan seorang muaddib diteruskan
dalam lorong sepi sekeping hati
terhenti seketika tika dahaga
lalu meneguk kasih yang tersisa
saban tahun hari bermakna dirai
dengan igauan mengharap
ucapan kudsi darinya
dan tatkala pertemuan mainan takdir itu terjadi
muaddib telah terlewat
untuk mengejar kembali cintanya
pun masih memasang harap ucapan azimat itu terungkap
harapan punah hingga muncul musim kedua
juga tiada tanda
lantas dititipkan sebatil ungkap berisi dalam amanat
ketawa dia menerima ucapan selamat hari cikgu
ucapan yang tak pernah didengar
tapi cukup membunga hati seorang muaddib yang lewat
begitu berharga kerjaya guru baginya
kerana dia telah menemukan cintanya.
Tuesday, February 7, 2012
Monday, August 15, 2011
Modul Buku Kerja
Pengemis kata
berkelana
di pinggir jalan mengemis cerita
sambil menadah rezeki kata
kadang sepatah dua
kadang sebaris cuma
kadang panjang berjela
kadang serangkap dua
kadang beberapa perenggan
menjadi wacana yang indah dan kaya
sambil melilau mata
menyorot ragam manusia
yang pelbagai ceritera
kadang mengumpul kotak duka
kadang mengumpul kotak suka
untuk diganti dengan nukilan rasa
akhirnya,
pelbagai rancu cerita
digarap di medan ilham pena
berdakwatkan rezeki kata
kita adalah pengemis
yang meminta-minta
dari Ar-Rauf yang kaya
untuk melengkapkan cerita
buat pedoman manusia.
Ogos 2011
Pekan Nanas.
Tuesday, August 9, 2011
Jalan-Jalan Cari Pengalaman
Sunday, January 23, 2011
Bicara Editor
Thursday, November 18, 2010
Gema Puisi Ramadan dan Kemerdekaan
Sunday, July 25, 2010
Festival Penyair Nusantara Ke-4





Pengalaman bersama-sama penyair tersohor ini
Sunday, June 20, 2010
Perjalanan Sekilas ke Petrosains
6 Jun 2010, saya membawa enam amanah saya ke pameran Petrosains KLCC. Sebagai memenuhi permintaan anak-anak yang sudah lama merengek minta dibawa ke sini, maka saya gagahi diri memandu di tengah kota raya mencari jalan utama ke mercu tanda kegagahan kota metropolitan ini, kalau bukan Menara Berkembar Petronas (KLCC) apa lagi kan! saya sempat merakamkan beberapa gambar kenangan sepanjang perjalanan sekilas ke Petrosains.






















