Saya petik ucapan
Ketua Pengarah DBP Dr. Awang bin Sariyan sebelum merasmikan Mesyuarat Agung PPJ Kali ke-35 untuk dikongsikan bersama-sama rakan pencinta bahasa dan sastera:
-
Beliau menyatakan bahawa situasi sekarang amat
mencemaskan khususnya dari sudut peradaban Melayu-Islam. Oleh itu, sebagai
penulis mempunyai ruang yang luas untuk menjelaskannya kepada masyarakat. Generasi muda yang tidak faham pergolakan
sejarah harus disedarkan melalui penekanan dalam sukatan pelajaran.
-
Dalam satu forum di PWTC, KL baru-baru ini, beliau
menyatakan kekesalannya apabila seorang ahli korporat melayu berpendapat
bahawa sekarang bukan masanya orang
Melayu berbicara soal sastera, budaya, bahasa, dan sejarah, sebaliknya sekarang adalah masa untuk membicarakan soal
ekonomi sahaja. Ahli korporat itu juga
mengatakan Melayu itu asal sahaja tidak memijak al-Quran dan tidak makan babi.
-
Beliau mengambil contoh orang Cina yang pandai
memperjuangkan hak dan sikap itu harus dicontohi oleh orang Melayu yang harus
tetap memperjuangkan hak walau kaya mana pun negara kita.
-
Beliau berpendapat sebahagian orang Melayu
begitu angkuh dan tidak mahu melihat urusan bangsa dan bahasa sebagai teras,
sedangkan Melayu adalah bangsa kedua terbesar dan kita patut mensyukuri nikmat
ini.
-
Beliau menegaskan bahawa peranan PPJ amat
penting dalam membentuk kesatuan sikap dan jati diri. Beliau tidak mahu
ketidakadilan dalam struktur sosial berlaku apabila isu penghapuskan sistem
pendidikan sekolah kebangsaan pernah disuarakan.
-
Beliau menegaskan bahawa semua rakyat harus
berpegang pada gagasan satu bahasa seperti negara jiran kita Indonesia. Di
Indonesia, tidak timbul keterpaksaan sehingga rakyatnya menukar nama walaupun
bukan rakyat setempat.
-
Beliau mengimbau sejarah lahirnya DBP dalam keadaan porak-peranda untuk membentuk negara merdeka. DBP tidak
lahir dalam keadaan mudah kerana tanpa gerakan penulis, tidak mungkin tercetus
idea untuk membentuk DBP
-
Beliau memaklumkan bahawa usaha menerbitkan
buku dalam pelbagai bidang seperti
linguistik, kajian sastera, sains, astronomi dll akan diteruskan oleh DBP. Pada
tahun 2013 , DBP akan menerbitkan 3,000 hingga 5,000 judul buku baru.
-
Beliau berharap tidak ada alas an manuskrip
lambat dicetak. Masalah ini berlaku sebelum ini disebabkan masalah ‘edditting’
yang akhirnya menjadi ‘rewritting’. Oleh itu, beliau berharap PPJ, penulis sentiasa bekerjasama dengan DBP untuk
memastikan manuskrip bermutu dan segera dicetak.
-
Beliau menyatakan rasa bangga atas usaha Pena
dan ITBM mengadakan program pembentukan penulis ke seluruh negara hingga
selatan.
-
Beliau juga memaklumkan bahawa DBP membuat audit bahasa supaya bahasa Melayu
digunakan sepenuhnya, kenal pasti jabatan manakah yang tahap penggunaan
bahasanya mencapai 70%, 80% dan seterusnya. Beliau turut berharap penggunaan
bahasa Melayu masuk dalam kabinet.
-
Beliau menyedari bahawa di lihat dari aspek
mutunya, tidak ada masalah ejaan dan tatabahasa selepas 55 tahun.
-
Beliau menegaskan petingnya usaha ditingkatkan
3 tahun pertama ini. Oleh itu peranan Persatuan Penulis, kembara bahasa,
selain alumni yang dibentuk di peringkat
zon, dan munsyi bahasa amat penting agar sesuatu yang positif berlaku
terhadap bahasa Melayu.
-
Beliau mencadangkan para aktivits bahasa ini
diberikan tugasan untuk memartabatkan
bahasa, kerana duta bahasa ada di mana-mana di seluruh negara. Oleh itu,
komitmen amat diperlukan dalam usaha ini.
-
Beliau mengingatkan juga bahawa DBP adalah tempat
mengadu persatuan penulis selagi falsafahnya tidak berubah.
-
Beliau menyatakan bahawa PPJ berperanan membina
sikap yang betul terhadap bangsa teras dan tidak menghina bahasa sendiri. Fakta
sejarah tidak dinafikan bahawa pada zaman lampau, bangsa-bangsa lain menumpang
kekuatan bangsa Melayu (mahawangsa). Kini, isitlah banyak terdapat dalam bahasa
Melayu, Cuma wacananya agak kurang. Oleh itu, DBP akan melaksanakan program
untuk mengumpulkan golongan remaja dan kanak-kanak secara berpakej. Sehubungan
dengan itu, PPJ harus bergerak membantu agenda DBP ini.
-
Beliau amat mengharapkan komitmen, iltizam
penulis supaya sentiasa berhubung dengan
jabatan penerbitan, atau secara langsung kepada beliau, Ketua Pengarah DBP
kerana beliau ingat janji DBP kepada rakyat kerana diberi kepercayaan oleh
rakyat sejak 1956.
-
Beliau berpendapat bahawa isu bahasa harus
dipecahkan, tidak menyimpan sampah di bawah permaidani. Beliau juga berpendapat
bahawa tidak ada bidang ilmu yang tidak ada wacananya, dan tidak ada sebab
pemimpin mengambil bahasa asing sebagai bahasa ilmu.
-
Beliau memaklumkan bahawa jumlah persatuan yang
memohon kewangan masih rendah dan beliau berharap agar PPJ merancang kegiatan
bahasa yang lebih aktif lagi. Peruntukan
sebanyak 300,000 setahun diberikan untuk menggerakkan program.
-
Beliau menekankan sekali lagi bahawa ketika
merancangkan program, jangan melupakan
agenda besar berkaitan bangsa Melayu, bahasa dan negara. Beliau turut berharap
agar anak cucu kita dapat menghasilkan karya-karya besar.
-
Beliau mendoakan agar DBP terus diberi kekuatan dan inayah mendukung amanah
dan menjadi benteng, seterusnya menjadi bekal ikhlas di alam satu lagi.
No comments:
Post a Comment