Friday, June 22, 2012

Bengkel Penulisan anjuran ITBM & PENA

Bengkel Penulisan anjuran ITBM,PENA, DBPWS dan PPJ  di Traders Muar menghadirkan penulis-penulis terkenal jua penulis muda yang ingin menggali ilmu dalam bidang persuratan ini. Rasa amat bertuah sekali kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk  mengikuti bengkel yang saban minggu saya nantikan. kemunculannya. Tekanan akibat kesibukan di tempat kerja sesekali mampu dileraikan andai dapat mengikuti aktiviti yang diminati. Begitulah hakikatnya....minat dalam bidang penulisan masih bertahta di hati walaupun kesempatan sering mencemburuinya. Tapi, kesibukan dan ketiadaan masa tidak boleh dijadikan alasan untuk menulis. Saya cuma mahukan semangat penulis-penulis tersohor itu kerana pulangnya saya dari pertemuan singkat ini bakal membakar semangat saya untuk berkorban masa dan menulis apa-apa sahaja yang terfikir di benak saya. Kesudahannya, saya berjaya menghasilkan 2 buah cerpen sehari selepas pulang daripada bengkel. Alhamdulilah....semuanya kurniaan Ilahi.

No comments:

Post a Comment