Sunday, July 25, 2010

Festival Penyair Nusantara Ke-4



Sempat juga kami merakamkan kenangan bersama penyair Riau Asrizal Nur pengasas konser Puisi Multimedia.






























Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, menjadi sanggar persinggahan penyair nusantara untuk berdiskusi, berdialog, berforum dan berkongsi cerita dalam puisi nukilan masing-masing sempena festival ke-4 ini. Festival penyair nusantara yang berlangsung selama 4 hari ini, bermula 16-17 Julai 2010 cukup indah untuk dijadikan memori. Di sinilah, berkumpulnya para penyair tersohor dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina merekayasa puisi nusantara untuk generasi alaf mendatang. Satu resolusi dipahatkan ke arah melestarikan puisi agar terus diminati dan diwarisi oleh generasi muda hari ini demi kesinambungan genre ini.
Pengalaman bersama-sama penyair tersohor ini
tidak mungkin dapat saya lupakan. Pastinya, catatan-catatan bermakna ini semakin menyuburkan minat saya dalam bidang penulisan sajak , cerpen mahupun novel. pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan PPJ, En. Amiruddin Ali hanafiah, Ketua 1 PPJ, Tn. Hj. Mohd. Rosli bin Bakir, SU 1 PPJ, En. Hamzah Rahman, Setiausaha 2 PPJ, dan En. Hamzah Hamdan kerana mempelawa saya untuk menyertai kembara ini. Amin.


No comments:

Post a Comment