Wednesday, May 26, 2010

Ulasan Komsas Tingkatan 1 & 4 (2010)


Judul buku : Istana Menanti (Ting. 1)
Pengulas: Zulaiha Paikon
Harga: RM4.80 Harga: RM4.80
Penerbit: Mega Setia Emas

Judul buku: Melunas Rindu (Ting. 4)
Pengulas: Zulaiha Paikon
Harga: RM4.80
Penerbit: Mega Setia Emas



Ulasan Komsas Tingkatan 1 (Novel Istana Menanti) dan Tingkatan 4 (Novel Melunas Rindu) yang terbaru bagi zon Johor, Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan kini sedang hangat di pasaran. Seiring dengan penukaran teks Komsas yang baru bermula awal 2010 ini, saya turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi ilmu dan sedikit pengetahuan yang ada dengan menghasilkan ulasan praktis yang saya kira amat membantu para pelajar memahami komponen sastera. Bahan praktis yang saya sediakan mampu menguji pemahaman dan membiasakan pelajar dengan soalan-soalan peperiksaan sebenar. Insya-Allah.

Buku ulasan ini merupakan usaha pertama saya berjinak-jinak dalam dunia penulisan buku rujukan. Insya-Allah, saya akan meneruskan misi saya ke arah membantu para pelajar mencapai keputusan yang terbaik dalam PMR dan SPM. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada rakan-rakan Persatuan Penulis Johor, khususnya Munsyi saya Tn. Hj. Mohd. Rosli bin Hj. Bakir dan Pn. Siti Hadijah bt Sunok yang telah banyak memberikan dorongan dan sokongan dalam dunia penulisan. Terima kasih juga kepada Penerbit Mega Setia Emas kerana memilih teks ini untuk diterbitkan.

3 comments:

  1. Tahniah kerana berhasil menulis buku, meskipun buku ulasan untuk Komsas.

    ReplyDelete
  2. Puan Zulaiha,
    Saya ada memperoleh buku ulasan KOMSAS Tingkatan 4 itu ketika Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional KOMSAS Daerah Kluang tempoh hari.
    Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku ini.

    ReplyDelete
  3. En. Rusdi,
    Terima kasih atas sokongan tuan.

    ReplyDelete