9 0g0s 2009 mencatat sejarah kembara saya lagi apabila saya diberikan peluang mengikuti program Rakan Alam Sekitar peringkat parlimen Pontian. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan ucapan perasmian dan pelancaran program oleh Y.B Tn. Hj. Ahmad bn Hj. Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap ahli parlimen Pontian. Program ini anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Pontian, Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Penulis Johor, dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Aktiviti penanaman pokok dan pembersihan pantai menjadi agenda penting program ini selain aktiviti jejak pulau. Kami melawat tapak perkuburan lama, bekas tapak masjid petempatan lama sekitar tahun 50-an dahulu dan rumah api milik Republik Singapura. Kami bergerak mengikut kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki mengusulkan resolusi hasil tinjauan dan lawatan kembara ke pulau tersebut pada Malam Sejambak Kasih. Deklamasi sajak dan persembahan puisi Melayu tradisional oleh Persatuan Penulis Johor menjadi atur acara utama malam itu. Satu slot khas diadakan iaitu sesi bual bicara bersama penghuni Pulau Pisang "Antara Aku dan Pulau".

Menanti rakan-rakan lain turun dari jeti Wak Sehan untuk ke Pulau Pisang

Keletihan mendaki masih terasa. Namun, kami sempat merakamkan kenangan ketika perjalanan turun.

Tiba di menara Rumah Api
Antara resolusi kami ialah:
1) membangunkan Pulau Pisang untuk dijadikan kawasan petempatan
2) mendirikan rumah api yang lebih tinggi
3) menempatkan pengawal keselamatan di sepanjang pantai
4)
Zu,
ReplyDeleteNampaknya ayahanda tak berpeluang dalam kembara seni Pulau Pisang kerana dalam waktu yang sama terlibat dalam Kembara Wangsa Sungai Johor di Kota Tinggi. Apa-apa pun tahniah kepada PPJ, dan diharap banyak dapat ilham.
Ayahanda,
ReplyDeleteMaaf, lambat membalas komen ayahanda kerana 3 hari di Kem PLKN Padang Hijau. Walau apapun kilahnya, ayahanda mengikuti kembara juga. Semoga diberi ilham untuk terus menulis.