Sempat bergambar dengan Dr. Lim Swee Tin, penerima S.E.A Award 2000.
Sebutanmu baku
Johor Riau sebutanku
aksara "k" terngiang di cupingku
kau kata 'tetapik'
aku pula kata 'tetapi'
sayap manokmu
kepak ayamku
nasi penyekmu
nasi ayamku
Tanjung Aru tanjungmu
Tanjung Puteri tanjungku
Alamesramu Alamandaku
negaramu satu
aku pun begitu
kau dan aku tak pernah bertemu
tapi mampu bersatu
hanya kerna bahasamu jua bahasaku
senyuman bertemu
budaya berpadu
Sajak ini saya cipta ketika saya berada di Bumi Bawah Bayu. Tarikh 14 hingga 16 Mac 2009 merupakan tarikh bersejarah bagi saya. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke negeri Sabah, negeri yang amat saya nanti-nantikan sebagai salah satu destinasi kembara bahasa saya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada kak Siti Hadijah Sunok , seorang aktivis bahasa dari Persatuan Penulis Johor kerana telah mempelawa saya mengikuti rombongan pengikat ukhuwah antara penulis Johor dengan Sabah. Bersama-sama rombongan itu, selain kak Hadijah, enam lagi rakan seangkatan kak Jah turut serta. Antaranya ialah Cikgu Hamzah Rahman, Cikgu Hamzah Hamdan dan adiknya, serta Tn. Hj. Mohd. Rosli dan isterinya . Di sana, saya telah mengikuti Seminar Persuratan dan Kebudayaan yang cukup menarik untuk dijadikan album kenangan kembara bahasa saya.

Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan rakan sekuliah lama semasa mengaji di UPM tahun 1992 dulu. Beliau ialah Dr. Lim Swee Tin. Walaupun telah lama tidak bersua, lebih kurang 14 tahun lamanya, namun beliau masih mengingati saya. Beliau menjadi orang hebat sekarang, dengan sajak-sajaknya dan deklamasinya yang cukup segar.
okok
ReplyDelete